Pematuhan Standard MQA
Memastikan kesemua program akademik mematuhi standard dan keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Unit Jaminan Kualiti (UJK) · Politeknik Besut Terengganu
“Memastikan penyampaian pendidikan yang cemerlang selari dengan piawaian dan ekspektasi pelanggan melalui pembudayaan kualiti yang berterusan di semua peringkat organisasi.”
Memastikan kesemua program akademik mematuhi standard dan keperluan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Melaksanakan aktiviti penambahbaikan berterusan (CQI) bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Mencapai tahap kepuasan yang tinggi daripada pelajar, staf, rakan industri dan pemegang taruh lain.
Membudayakan kesedaran kualiti dalam kalangan semua warga PoliBesut.
Mencapai sasaran KPI yang ditetapkan oleh institusi dan Jabatan Pendidikan Politeknik.
Meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui program berkualiti yang relevan dengan keperluan industri.